Sunday, 20 October 2013

Buah-buah perkataan cintahati

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dgn limpah kurniaNya hari nie saya diberi kekangan masa utk menulis blog..

Cintahati kini menjangkau usia 11 bulan. Dalam usia camni..cintahati dah mula berdiri n belajar imbang badan.

Selain tue, cintahati dah banyak juga keluarkan buah-buah perkataan. Masa 10 bulan hari tue, dia pandai sebut ayah ngan opah je..fening mama tau..nape tak sebut mama lg nie?aduhaii anak..saja nak uji mama ke??

Sekarang??cintahati dah pandai sebut beberapa perkataan antaranya mama, dah, bak, pak, nak, ateh (mb atuk kot), nenen, ahh, haa, buu...sejak pandai sebut mama nie..asyik-asyik mama...sikit-sikit mama..yayy!!baru la semangat sikit mama nak update blog...kannn..

Then cintahati sekarang dah pandai berebut mainan dgn paksu dia...kalau tak dapat,mula la nangis..pastu hentak kaki..ohh anak,adakah ayah n mama sudah terlebih memanjakan awak...??

Hmm..tak kisah lah..lagipun buat masa sekarang mama n ayah cuma ada cintahati sorang..wajiblah manja..kann??

Asalkan cintahati membesar sihat dan ceria dah satu kebahagiaan buat mama n ayah ok syg...Be a good girl and never get older.

Kami sekeluarga ♥♥♥
Ayah ♡ cintahati
Mama ♡cintahati
Cintahati 11 bulan ★★

Wednesday, 25 September 2013

Tragedi 24 tahun...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah berhabuk dah blog nie tak di hapdet setelah sekian lama. Maklum la busy melayan kerenah anak dara sorang yg kian membesar nie.

Alhamdulillah, pd 22 september lalu genap lah saya berusia 22 tahun..ehh ehh silap..24 tahun la...

Syukur yg tak terhingga ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang bernafas diatas bumiNya dari 24 tahun yg lepas hingga ke hari ini..alhamdulillah..

Syukur juga untuk hadiah yg tidak ternilai dikurniakan dariNya untukku iaitu kesihatan,kesederhanaan dalam hidup ini, ujian agar sentiasa mengingatiNya sekaligus menyatakan bahawa Dia mengasihiku.

Alhamdulillah saya juga dikurniakan seorang suami yg sentiasa disisi..saat jatuh,bangun..saat suka,duka..seorang suami yg sgt kacak dimata dan hati saya..seorang suami yg sentiasa menerima saya seadanya,masa sy comot,comel..saat busuk,wangi..masa normal,masa masuk air..seorang  suami yg membantu tatkala saya perlukan pertolongan.terima kasih abang atas segalanya..walaupun hakikatnya saya tahu dia tak mungkin membaca blog ini *he is not on9 type guy* saya tetap menulisnya,mana lah tau ada yang tolong sampaikan pd dia.

Syukur alhamdulillah,seiring seorang suami saya juga dikurniakan seorang puteri yg menyinari hari2 sy..21 september lepas, cintahati genap 10 bulan. Bahagianya sy hanya Allah yg tahu, tatkala melihat dia mula meniarap,merangkak, dan kini berdiri..cintahati lah yg menemani sy siang dan malam,mengisi kekosongan masa sy dgn keletahnya yg sememangnya menceriakan hidup sy. Mama akan cuba jd yg terbaik utk anak mama sorang nie..mama syg cintahati mama sorang nie sampai bila2 tau.

Diusia 24 tahun menjadi ibu kepada seorang puteri byk membuka mata dan minda sy betapa besarnya pengorbanan mama dan abah sy dalam membesarkan sy dulu. Kini,baru sy sedar segalanya..terima kasih yg tak terhingga kepada mama sy puan fauziah bt amran dan abah sy megat suhaimi bin megat hashim yg bersusah payah saat melahirkan sy, pengorbanan mereka dalam membesarkan sy. Airmata dan peluh mereka yg menitis kerana mendewasakan sy memang tiada nilainya..terima kasih mama...terima kasih abah. Kakyong bersyukur dilahirkan sebagai anak abah dan mama.

Tak lupa juga kepada adik2 kesayangan sy, yang tak pernah jemu melayan kerenah sy,seorang kakak yg tak tentu perangainya,bila datang baran,marah sesuka hati..bila time baik,baik la kan..sekarang nie adik2 la yg jd kawan ketawa..kawan hang out..kawan bercerita..we were born siblings and grown up being best friends..korang memang adik terbaik di dunia..syukurlah kakyong dikurniakan adik macam korang..kakyong sayang korang semua..

Segala puji bagi Allah,setelah begitu byk nikmat yg dikurniakan kpd sy Dia masih lg menganugerahkan seorang sahabat utk mengindahkan lg kehidupan saya. Hadiah yg paling bermakna sy terima ialah sahabat sy yg dikembalikan kesihatannya seperti sediakala setelah dia melalui waktu getir dalam hidupnya..siti hawa binti mokhtar seorang sahabat yg begitu dekat dihati sy. Dari mula kenal hinggalah hari nie..meter sayang sy pd dia tak pernah drop. Malah makin bertambah..even kitorang jauh..dpt jumpa setahun 2,3 kali je,dia tak pernah jauh di hati sy..utk awe,put just nak ucapkan thanks sbb sudi accept put as one of your bff. And i just want u to know that you are the only bff i have. No one else for replacement. Put syg awe tau..

Alhamdulillah,dapat juga hapdet blog akhirnya..panjang sikit entry kali nie. Balas dendam..hehe. mudah-mudahan dikurniakan nikmat utk terus meng update dimasa akan dtg.insyaallah..thats all for now..thanks for reading...

Sekian...

Tuesday, 30 July 2013

Changes That Changed Me

Bismillahirrahmanirrahim..
It's been a long time since my last post isn't it?hmm...actually terlalu banyak  perubahan yang berlaku dalam hidup saya.semuanya terjadi dengan pantas dan mengejut.
Kini saya bukan lagi Admin Asst di JESB.Finally..cita-cita saya untuk menjadi seorang boss tercapai..saya sekarang Managing Director di D'Surinasir House.O.M.A..O.M.A..*shorcuts for oh my Allah,memandaimandai*What a suprised from surinasir to surirumah surinasir.hahaha..It's too complicated for me to explain. Dan apa yang saya pasti ialah saya takkan pernah lupa ex.bos saya,pn.sariah mohamad.seorang wanita yang saya kagumi peribadinya dan...tak lupa juga dekat my cutey officemate,cik ekah.I'll be missing all those time we spend together terutamanya time kita gaduh pilih tempat lunch, time main sticky notes, time window shopping..banyak lagi la..seriously rindu.huhu..
Oh by the way,my beloved cintahati dah pun menjangkau 8 bulan sekarang. Dah ada 2 batang gigi bawah dan lesen P utk subaru dia *i mean walker*hehe..selain rambut yang semakin panjang menampakkan keayuannya,akal pun semakin panjang membuli mamanya.but i really love it..manjanya dia sekarang,hanya allah yang tahu.betul la kata 1 of my friend nie,anak yang kita hantar pada pengasuh dgn anak yang kita jaga beza tau manja dia.saya nampak dah sekarang perbezaan tue..bukan anak aje beza manjanya,en.suami pun semakin manja..hehe..


cintahati 8 bulan

cintahati dan subarunya..





Hakikatnya seronok juga life saya sekarang..dapat bangun pagi,tengok anak kat sebelah,peluk dan cium anak.unlimited.takde la nak terkejar-kejar masa sangat..selain tue sekarang nie masa saya untuk mengabdikan diri padaNya yang Esa pun lebih la sikit dari sebelum nie.alhamdulillah..
Okay lah,panjang pulak celoteh kali nie ye.hope sesiapa yang baca tak bosan lah ye..anyway,sesiapa yang mencari supplement untuk diri sendiri,keluarga,kawan-kawan..bolehlah contact saya...saya seorang dealer shaklee.id 912756..boleh guna id saya kalau nak beli produk..ada produk utk kecantikan,slim,pregnancy,berpantang,breastfeed,kesuburan dan macam-macam lagi.Nak tau lebih lanjut.pm fb saya Puteri Nur Atiqah atau sms/whatsapp saya 019-382 6173.Insyaallah harga terbaik diberikan.
Sekian...

Wednesday, 5 June 2013

Kejutan Dari Cintahati....Lagiiiiiiiiiiiiiii....

Bismillahirrahmanirrahim...

Sepatutnya, minggu ini adalah minggu untuk saya bercuti. Namun, cuti saya terpaksa ditangguhkan kerana saya menyibukkan diri ke driving class.. Fuhhhhhhhh.. memang penat!!!!

Semalam...balik je dari driving class tue...saya tengok mama saya iaitu opah mama cintahati duduk sambil memangku cintahati..cepat-cepat *kelam kabut sebenarnya* saya tanya,

saya : nape ma?

mama : nazihah (cintahati) dari pukul 2.30 petang td tak tidur..dia sakit perut. Kembung sikit. Nak kena pangku baru tidur. Kalau letak, dia menangis..

saya : Kenapa ye? Hmmmmm....

Mama : Entahla, mungkin sebab jus mangga tadi kot. Tapi nie dah ok da..

saya : yelah tue kot...sambil amik cintahati dari pangkuan mama.

Malam itu, cintahati tidur pun atas dada saya.. Letak je bawah dia menangis.

Nak tau kenapa cintahati meragam sampai camtu sekali......???

Rupa-rupanya........................................................

CINTAHATI TUMBUH GIGI!!!!!!!

Yeayy........!?! Puteri kesayangan mama dah semakin dewasa.... Nak jadi anak dara dahh... *over tau mama, baru anak dara sunti OK*




p/s  PROMO BULAN INI!!
~ MEALSHAKE Beli 1 = Harga HEBAT!! Beli 2 = Harga RUNTUHHH!!

Monday, 3 June 2013

Supplement...Perlu atau Tidak?

Perlu......

Mengapa??

~ Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

~ Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

~ Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan enzim, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

~ Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

~ Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

~ Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

~ Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Supplement Apa Yang Patut Diambil?

~ Shaklee!!! Kerana Shaklee menawarkan berbagai supplement tidak kira untuk lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.

Dimana Boleh Saya Beli Supplement Shaklee?

~Daripada HQ Shaklee ataupun boleh hubungi Pengedar Sah Shaklee..

~ Hubungi/sms Pn Puteri di 019-3826173 atau lawati FB saya disini.

Monday, 20 May 2013

Kerenah Cintahati.....^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Sesangat la busy sampai mandi pun kelam kabut. Sejak cintahati masuk 6 bulan nie, semakin banyaklah kerenah ayunya yang comel sampai mahu buat mamanya pitam *taklaratnakberdiri*.

Ada satu hari tue lansung taknak berenggang. Saya bangun sikit, uwekkkk. Saya berdiri aje, uwekkk. Bagi dekat ayah pun, uwekkkk..*uwekk is baby nangis ok, bkn mama mabuk. Harap maklum*

Tetapi....

Saya sangat seronok melihat cintahati yang semakin membesar..Semakin menguatkan kasih sayang saya pada dia dan sekaligus kepada En.Suami. Cintahati sekarang dah pandai meniarap..Dah pandai pusing-pusing tanpa bantuan sesiapa. Huhhh.. Dah besar anak mama sorang nie.. Sekejap aje masa berlalu..

Namun..

Saya yang kononnya sangat busy nie tak sempat lagi nak amik gambar cintahati. Nantilah, InsyaAllah di entry akan datang akan saya sertakan pict cintahati meniarap.

By The Way,

Hari tue, weekend di rumah Tok Abah & Opah Mama. Cintahati dah terjun swimming pool kat sana OK *dengan bantuan mama*. Cerita swimming pool nie pun akan di 'update' later ye.


Sekian..

Tuesday, 7 May 2013

Perkembangan Terbaru Cintahati ♥♥♥

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur..saya masih berpeluang untuk meng'update' blog yang telah sekian lama ditinggalkan nie..Maaf lah saya tersangat busy sejak kebelakangan nie..

Busy memulakan bisnes online. Boleh jenguk fb sy kat sini. Kalau ada produk yang berkenan di hati. Jangan segan untuk pm/sms saya ye..*sempat you, promote.hehe* InsyaAllah... cepat atau lambat, saya akan reply.. Selain busy dengan bisnes..saya tengah busy pergi driving class nie. Baru nak amik lesen.. Tue la, dulu tak nak amik kan.. Kan dah susah sekarang... Kena tinggal cintahati yang kecik comel nie... hmmmmm... :( *pengajaran hidup utk saya*

Eh..Eh.. Tajuk entry pasal perkembangan cintahati, asal cerita pasal kesibukan saya pulak kan? Macam la tajuk entry "KesibukanKu".. Haaa.. Cintahati sekarang dah pandai mengiring... Sekejap ke kanan.. sekejap ke kiri.. Tapi nak meniarap dia tak larat nak angkat punggung dia. Last-last nangis.. Penat cuba, tapi tak dapat... hehehe...

Berat sudah mencecah 6.5kg ye pada usia 5 bulan...Alhamdulillah, sihat cintahati mama nie.. :) Pastu sekarang dah pandai ketawa.. Kalau orang acah-acah dia, ketawa kemain lagi... Bukan tue jerr.. mentang-mentang nak masuk 6 bulan, dah boleh nak makan nie.. Apa orang makan, nak.. Apa orang minum, nak...

Paling tak sangka sekali, hari tue keluar jalan-jalan dengan Tok Abah & Opah Mama dia. Kitorang stop by beli air buah tepi jalan, Tok Abah nya minum sambil dukung dia.. Tau tak dia buat apa? Dia tarik gelas air buah tue.. Bayangkan... Terbeliak biji mata mama dia tengok.. Tok Abah dia pulak kesian tengok dia nak sangat air buah tue, Tok Abah dia bagi la sikit kat dia.. Mama?? Hanya mampu berserah *apakah?*
Hmm.. scroll down utk tengok picture cintahati...



Moon.... Teman Tidur cintahati. Ade muzik OK..



Tengok la cintahati tidur... Nyenyaknya... :)
Thanks All yang sudi jenguk blog & fb saya :)



Tuesday, 23 April 2013

Abnormal Weekend

Bismillahirrahmanirrahim...


Hujung minggu lepas, en.suami cuti..tak sihat. So, walaupun en.suami cuti, kami tidaklah boleh kemana2. Aktiviti kitorang...lepak rumah, rehat & spent quality time bersam-sama. Jarang dapat camni. Yelah, biasa weekend en.suami kene kerja, saya & cintahati lepak di kampung. Kampung is dekat, 15 min dari rumah ok. Balik keje, en.suami lepak kat kg gak..

Sekali-sekala camni pun seronok gak. Bangun pagi, senyum2 tgk satu sama lain, morning kiss utk cintahati then lepak2 tgk tv. Tak yah mandi OK. Natural punye bau, baru la BEST..hehe

Tengahari baru mandi, terus solat..Then kuar lunch. Balik lunch, perut kenyang..sambung membongkang...ZZZzzzzzzzzzzZZZ...Wahhhh..indahnya...





Tapi petang itu, cintahati tidur hanya sekejap sahaje. Dah jage, dok merengek ajak main ngan dia. Jadi mama la yang terpaksa berkorban jiwa raga *mcm  la gi berperangkan..sudah laaaa* bangun untuk menemani si comel yang semakin meningkat dewasa nie...Tapi before main, kena mandi dulu...Baru la selesa main......

Jom tengok keletah cintahati main dalam mini playgroundnye *memandai-mandai ubuh nama nie*








Friday, 19 April 2013

Stater :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia & izin-Nya saya dimurahkan rezeki untuk memulakan bisnes online secara kecil-kecilan *harap2 akan berkembang la..*. Tak lupa juga kepada en.suami yang sentiasa menyokong saya dgn cita-cita saya nie.

ID No : 912 756


Saya kini merupakan seorang pengedar sah Shaklee area Bukit Beruntung/Bukit Sentosa/Sg.Buaya/Rawang/Selayang. Sape2 yg nk tgk produk boleh la add fb saya kat sini. Kalau ade sebarang soalan atau nak order. Boleh pm saya. Tp pm waktu bekerja aje taw. Kalau sms bila-bila boleh..nie no sy 019-382 6173. kalau tgh malam tue, kalau boleh elakkan lah ye..time nie nk spent quality time dgn en.suami & cintahati. Tp saya akan cuba reply sedaya saya. b.t.w kalau anda nak guna ID Shaklee saya untuk purchase barang pun sy tak kisah. Ini ID sy ye 912 756.

sampai sini dulu entry kali nie..nanti saya update lagi. Doakan kejayaan bisnes saya ye kawan2..Sokongan anda amat saya perlukan & saya hargai...serta saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih ♥♥♥


Sekian......


p/s macam wat surat rasmi pulak. Formal bebenor...

Monday, 15 April 2013

Sepetang di Hutan Lipur Sg.Sendat

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Ahad yang lepas, en.suami ajak saya & cintahati ke Hutan Lipur Sg. Sendat, Batang Kali. Department dia ada wat makan-makan sikit kat sini..Best Wooo..Ada kambing golek, ayam golek kot,ntah saya pun tak sure la ayam tue masak ape -_ -"... Macam-macam ada sebenarnya cuma tak larat nak list jer. Boleh tahan la food dia tapi tak sure catering mana..Tak leh la nak tlg promote kat sini kannn.. *ececehhhhh, bajet blog dia ramai yang baca agaknye*

Sampai Batang Kali, singgah jap..isi minyak & cucuk duit. Padahal bukan jauh pun dari Rawang..dah tabiat kan...Sementara tunggu en.suami, mama & cintahati camwhore berdua.




Aikk...nie macam cintahati jer yang camwhore sensorang..



Kalau korang nak tau, sebelum sampai kat Hutan Lipur Sg Sendat nie. Kitorang sesat tiga kali taw. Dah give up dah sebenarnya. Tapi last try, sampai gak kat Hutan Lipur Sg Sendat nie. Fiuuhhhhh....




Pemandangan kat Hutan Lipur nie.  Belakang tue air terjun ok..

 Sampai jer...terus makan. Yelah, laporr..sesat lama sangat.. Balas dendam pun ye gak. Geram...susah sangat nak sampai sini. Hamek kau!! hehehe...*tp tak sempat amik pic foo la plak* Lepas jerr makan, amik-amik gambar wat kenangan. Tak nak lama-lama kat sini. Yelah kitorang kan bawak baby. Lagipun dah plan nak gi shopping...







Kawan en.suami; syafiq & isteri




 Insyaallah ada rezeki, kitorang nak repeat datang sini. Best gak tempat dia. Air pun bersih. Tenang ajeeee....Tapi kena tunggu cintahati dah pandai main air la...^_^











Friday, 12 April 2013

Upgraded ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...


Apa maksud upgrade?
Naik taraf? Penambahbaikan?
Tak kisahlah apa maknanya tapi apa yang saya dapat simpulkan disini ialah.....


Klik sini dulu, nanti baru anda akan faham...


Haaaa...nampak tak apa yang saya maksudkan??? ye.....macam biasa la, satu saya punya... satu lagi my cutey officemate punye...fresh milk tue of course la saya yang punya kan....yummmm..yummmm...♥♥♥


Tuesday, 9 April 2013

My 1st Red Velvet Cake ♥

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini ialah hari best *eheh..adakah hari ini hari jumaat?* Sila buka mata ye..hari nie bukan hari jumaat..tapi hari nie best sebab my cutey officemate, Cik Ekah bawakkan saya sepotong Red Velvet Cake.Yang saaangat ayu..

FuuuuYooooooo..WoooooHooooo..FeeeeeWiiiiiitttttttt.*orang 1st time dpt Red Velvet Cake#jakun haha :D*





Pagi yang amat bertuah bagi saya.. Tak tunggu lama tau, lepas habis jer pump BM untuk bekalan cintahati ke  school taska nanti terus NGAP!!! dan NGAP!!! dan NGAP!!! stop kejap...........dan NGAP lagi!!! Sampai habis sepotong Red Velvet Cake yang ayu...

Yumm..Yumm..Sedapnya.... Alhamdulillah...murah rezeki pagi nie. Mudah-mudahan terus dimurahkan rezeki buat saya, en.suami tercinta & beloved cintahati...Amiiinnnn...*amboiii..dah habis makan baru igt family ye?? Apa punya turrrr...hahaha...*

Friday, 5 April 2013

♥ Window Shopping ♥

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari nie, hari jumaat. So, salam jumaat semua. hehe.. Bila hari jumaat mesti syok sebab esok cuti..hahaha. And hari nie lunch hour lama sikit..12.30 pm - 14.30 pm.

Sepatutnya my cutey officemate & I pergi TM bayar bil. Tapi disebabkan cuma ada 1 bil sahaja so we decided nk tunggu untuk bil-bil yang lain. Buat sekali jer. Senang..!!

Bincang punye bincang, kitorang pun setuju la nak pergi Parkson. Lunch + window shopping. Katenye.........

Last2 bawak balik nie...!!Hahahahahaha.....



Ice-cream tue satu saya punya..satu my cutey officemate punya...Tujuan ice-cream adalah untuk craving di saat-saat bosan#lapar# dan fresh milk itu....saya yang punya..hahahaha *perlu ke gelak gitu?*. Fresh milk tue untuk minum dengan ESP la...urmmmm..Yummy...My cutey officemate lagi la tau...Siap beli kasut sepasang, tapi tak sempat pulak nak snap picture kasut tue.

Window Shopping la katakan...kan..kan...


Sekian....♥

Tuesday, 2 April 2013

My New Besties ♥

Bismillahirrahmanirrahim...

Presenting my new besties...



♥ ESP + Alfalfa Complex ♥

Before this, saya ada mengadu pasal ujian semasa bf kat sini. Dengan izin Allah, saya telah diperkenalkan dengan produk supplement diatas iaitu ESP + Alfalfa Complex by Shaklee. Dan dengan izin-Nya juga saya telah dimurahkan rezeki untuk mencuba produk diatas.

Hari nie merupakan hari ke-6 saya consume supplement nie. Alhamdulillah...BM saya makin bertambah. Selain itu, kualiti BM yang dihasilkan juga best..:) Best kat sini bermaksud BM yang dihasilkan pekat. BM pun makin cepat produce dan kuantiti BM makin bertambah. Alhamdulillah... Dapatlah saya meneruskan penyusuan eksklusif untuk cintahati..Alhamdulillah.Syukur padaMu Ya Allah :)

So, kepada mommies kat luar sana yang ada masalah macam saya sebelum nie. Apa kata try supplement nie. Tak salah kita mencuba. Kalau nak sesuatu mesti usaha dan tawakal kan? So, kita usaha dengan try supplement nie then kita doa & mohon pada Allah kebaikannya. InsyaAllah apa yang kita hajati tue akan diperkenankan. Tak kira cepat atau lambat Allah pasti akan perkenankan permintaan hambaNya.

Monday, 1 April 2013

Cintahati & i-City

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Jumaat yang lalu, bonda telah invite kami se'family' untuk join diorang pergi i-City, Shah Alam. Lepas berbincang dengan en.suami, kitorang pun decide nak follow. Saja jalan-jalan, makan angin, kumpul memories banyak-banyak..

So, lepas solat isya' terus gerak gi i-City...Sampai i-City dalam pukul 11. Ye, agak lewat untuk seorang bayi keluar pada waktu-waktu begini. Lagi-lagi cintahati baru jerr kebah demam. Hmmm..Sepatutnya saya fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Ini tak..Asyik ingat nak jalan aje...*dah seronok baru nyesal, boleh??*

Tak sampai setengah jam kat i-City tue, cintahati dah merengek nak tidur.. So, terpaksa la saya & en.suami mengundur diri ke kereta dulu untuk tidurkan cintahati.. Tapi setengah jam pun sempat tau saya amik gambar buat kenang-kenangan.. Jom lihat....

With Lots Of LOVE ♥♥♥


Saya Gemuk kah??? ADOIII!!!

Cintahati teruja tengok lampu2 :)

Mak Ngah, Opah Mama, Cintahati & Cik Yang


Masa duduk baru nampak kurus sikit kan?? Hehehe






Amboi..cintahati syg tengok apa tue semangat sangat??


Cintahati dengan mulut penuh buih2 cinta :)



21 Mac 2013, cintahati genap 4 bulan. Dah besar dah sayang mama nie. Rasa macam baru semalam jer mama lahirkan sayang.


Cintahati 4 bulan = 6 kg

Buat cintahatiku Puteri Nurul Nazihah..

Semoga anakanda terus membesar dengan sihat dan ceria. Mama doakan cintahati murah rezeki, sihat selalu, dirahmati dan dipermudahkan segala urusan. Mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak kesayangan mama nie. Mama sayang cintahati ♥♥♥