Wednesday, 25 September 2013

Tragedi 24 tahun...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah berhabuk dah blog nie tak di hapdet setelah sekian lama. Maklum la busy melayan kerenah anak dara sorang yg kian membesar nie.

Alhamdulillah, pd 22 september lalu genap lah saya berusia 22 tahun..ehh ehh silap..24 tahun la...

Syukur yg tak terhingga ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang bernafas diatas bumiNya dari 24 tahun yg lepas hingga ke hari ini..alhamdulillah..

Syukur juga untuk hadiah yg tidak ternilai dikurniakan dariNya untukku iaitu kesihatan,kesederhanaan dalam hidup ini, ujian agar sentiasa mengingatiNya sekaligus menyatakan bahawa Dia mengasihiku.

Alhamdulillah saya juga dikurniakan seorang suami yg sentiasa disisi..saat jatuh,bangun..saat suka,duka..seorang suami yg sgt kacak dimata dan hati saya..seorang suami yg sentiasa menerima saya seadanya,masa sy comot,comel..saat busuk,wangi..masa normal,masa masuk air..seorang  suami yg membantu tatkala saya perlukan pertolongan.terima kasih abang atas segalanya..walaupun hakikatnya saya tahu dia tak mungkin membaca blog ini *he is not on9 type guy* saya tetap menulisnya,mana lah tau ada yang tolong sampaikan pd dia.

Syukur alhamdulillah,seiring seorang suami saya juga dikurniakan seorang puteri yg menyinari hari2 sy..21 september lepas, cintahati genap 10 bulan. Bahagianya sy hanya Allah yg tahu, tatkala melihat dia mula meniarap,merangkak, dan kini berdiri..cintahati lah yg menemani sy siang dan malam,mengisi kekosongan masa sy dgn keletahnya yg sememangnya menceriakan hidup sy. Mama akan cuba jd yg terbaik utk anak mama sorang nie..mama syg cintahati mama sorang nie sampai bila2 tau.

Diusia 24 tahun menjadi ibu kepada seorang puteri byk membuka mata dan minda sy betapa besarnya pengorbanan mama dan abah sy dalam membesarkan sy dulu. Kini,baru sy sedar segalanya..terima kasih yg tak terhingga kepada mama sy puan fauziah bt amran dan abah sy megat suhaimi bin megat hashim yg bersusah payah saat melahirkan sy, pengorbanan mereka dalam membesarkan sy. Airmata dan peluh mereka yg menitis kerana mendewasakan sy memang tiada nilainya..terima kasih mama...terima kasih abah. Kakyong bersyukur dilahirkan sebagai anak abah dan mama.

Tak lupa juga kepada adik2 kesayangan sy, yang tak pernah jemu melayan kerenah sy,seorang kakak yg tak tentu perangainya,bila datang baran,marah sesuka hati..bila time baik,baik la kan..sekarang nie adik2 la yg jd kawan ketawa..kawan hang out..kawan bercerita..we were born siblings and grown up being best friends..korang memang adik terbaik di dunia..syukurlah kakyong dikurniakan adik macam korang..kakyong sayang korang semua..

Segala puji bagi Allah,setelah begitu byk nikmat yg dikurniakan kpd sy Dia masih lg menganugerahkan seorang sahabat utk mengindahkan lg kehidupan saya. Hadiah yg paling bermakna sy terima ialah sahabat sy yg dikembalikan kesihatannya seperti sediakala setelah dia melalui waktu getir dalam hidupnya..siti hawa binti mokhtar seorang sahabat yg begitu dekat dihati sy. Dari mula kenal hinggalah hari nie..meter sayang sy pd dia tak pernah drop. Malah makin bertambah..even kitorang jauh..dpt jumpa setahun 2,3 kali je,dia tak pernah jauh di hati sy..utk awe,put just nak ucapkan thanks sbb sudi accept put as one of your bff. And i just want u to know that you are the only bff i have. No one else for replacement. Put syg awe tau..

Alhamdulillah,dapat juga hapdet blog akhirnya..panjang sikit entry kali nie. Balas dendam..hehe. mudah-mudahan dikurniakan nikmat utk terus meng update dimasa akan dtg.insyaallah..thats all for now..thanks for reading...

Sekian...