Friday, 28 September 2012

Doa Murah Rezeki

Last week, ayahanda dan bonda ku ade wat majlis makan2 sikit utk family kitorang. So, aku & en.suami pon spent la 1 night kat sane. Tolong ape yang patut..Yelah, nmenye jer wat mkn2, tp preparation dye...Masyaallah, amik mase dekat 2 hari gak la... Lagi2 rumah ayahanda dan bonda ku baru siap renovation wat kolam renang. Katenye untuk cucu mereka nnt..atau dengan kata lain untuk anak yang sedang seronok bermain dalam perut aku ny la.

Lpas siap2 mengemas, kitorang pown duduk la minum petang bersama. Sambil minum2 tue, ayahanda aku bertanya pd aku & En.suami...Korang biasakan dengar Ayat Seribu Dinar??Hafalkan??Aku & En.Suami terus mengangguk. Nape Abah? aku sibuk la tanye.... Taw ke kelebihan ayat tue? Dgn cpt aku jawab...Nk murah rezeki...dpt rezeki yang tidak disangka-sangka..

Haa...hari ny abah nak bg sesuatu kat korang.. Cube amalkan. Abah dapat ny dari sorg Ustaz. Nk taw dia ny sorg ustaz kat sekolah pondok je, tp pkai BMW..ade sebiji Mini Cooper..Moto Besar..Abah pon tanpa segan silu la tanye ape rahsia dia..Terus dia bagi abah ayat ny..Dia pesan amalkan bace 70x sehari. Insyaallah, Mudah Dapat Rezeki...

Then, abah keluarkan sesuatu dari beg dia. Ny untuk korang berdua. Cuba la amalkan. Abah dah photostat kan, siap laminate sekali...


Doa Murah Rezeki

So, marilah kita same2 cuba mengamalkan ayat ny. Mudah-mudahan rezeki kite dibuka luas oleh Allah S.W.T. Tp jgn lupe, selain berdoa..kite kene berusaha dan bertawakkal dan sentiasa bersabar dalam mencari rezeki ny. Insyaallah..

Monday, 24 September 2012

Mawar Merah





Mawar Merah diatas adalah pemberian daripada En.Suami sempena ulangtahunku yang ke-23.. Katenye 3 kuntum tue melambangkan "Aku Cinta Padamu", "I Love You", " Wo Ai Ni","Ayah Syg Mama". Terharunya aku Allah S.W.T je yang tahu...Yelah, orang first time dapat bunga..Excited la sikit..Actually, Banyak!Hehe..
Terima Kasih En.Suami. I Love You Too...:))

Thursday, 20 September 2012

Kenyit: Si Comel Ku Sayang

Kenyit..
My First Pet.. Aku berkenalan dengan dia (cewah) selepas aku disatukan secara sah dengan En.Suami yang ku syg. Masa mula-mula tengok dia aku terus jatuh cinta pd dia. Cinta Pandang Pertama la konon nie... Aku syg sgt kat Kenyit nie sampaikan setiap kali nk balik kampung mesti aku nangis sebab terpaksa tinggalkan dia. En. Suami tak bagi bawak balik kampung, sebab takut dia hilang, sesat, gaduh & tak selesa.
Bila dia nakal sikit, dan mencabar kesabaran en.suami...dan en.suami mula mengamuk marah dia...air mata aku yg turun dlu melihat dia ketakutan..Sampai kadang-kadang aku pulak yg merajuk pabila en.suami marahkan dia...
Setiap kali balik dari kerja, aku mesti akan inform dia yg aku o.d.w balik, bayangkanla aku terjerit,terlolong dalam kereta panggil dia hanya semata-mata nak make sure dia tunggu aku depan pintu. Kalau da sampai rumah dan dia takde, mula la aku menggelabah macam ular kene palu?ayam berak kapur? ntah peribahasa mana yg sesuai aku pun x sure..
kadang-kadang, bila tengok dia terkedek-kedek jalan pon boleh wat aku senyum. Kalau time dia tidur tu lagi la...hilang segala masalah bila tengok kecomelan dia..Pokoknya, dia la satu2nya haiwan peliharaan aku, kawan baik aku, penghibur aku, peneman aku jika En.Suami overtime during weekend, pengacau aku time aku tengah masak n makan.
Dan sebab2 di atas juga la yang buatkan aku semakin sayang pada dia."Tiap Hari Sayang". Macam iklan fair & lovely dulu tue....Seriously memamg aku sayangkan dia.




Wajah yang mampu menghilangkan masalah ku...

Bila Kenyit tido terkangkang..:))

Friday, 7 September 2012

Normal Ke Macam Ni??Tolong aku...

Kandungan aku dah masuk 28 minggu hari ni. Sejak seminggu lepas, selera makan aku bertambah-tambah. Asyik nak mengunyap je...Minggu ni je da brape paket chocolate da aku makan. Banyak sangat. Selain coklat, aku ade gak kunyah kismis, kacang, biskut dll...Makan nasi pon da makin banyak, sebab skrg ni aku masak lepas balik keje. So bile da masak ni, kuantiti tue tak same la ngan makan luar. Kalau makin sikit takpe gak. Ni tak, makin banyak.

Lepas tue kan, masa puasa hari tu hb darah aku turun. Berat pon turun. 2x kena check kat klinik gara-gara hb aku rendah 10.6. Coming soon ni pulak, nak kena g minum air gula. Aku risau sebenarnya, yelah hb rendah hari tue, minggu nie pulak nak g minum air gula. Yg buat aku risau tue bukan ape, sebab selera aku pd coklat tue lain macam. Takut kene diabetes. Harap2 tak la kan....Dan aku sangat berharap yang hb aku da normal kembali.

Sape2 ade tak petua ke, nasihat ke, tolong la share ngan aku. Tolong ye...

Wednesday, 5 September 2012

Saya Budak Baru Belajar

Setelah 6 bulan lebih melayari alam rumahtangga, aku masih lagi terhegeh-hegeh di dapur, menyelak buku resepi, buka blog2 resepi ketika hendak menyediakan hidangan buat suamiku tercinta. Nasib baik ade buku resepi dan blog2 resepi yang best. Kalau tak, tak tau la ape nak jadi ngan aku ni.

Sungguhpun begitu, aku tidak mahu mengalah. aku akan cuba dan terus mencuba sehingga la aku jadi expert dalam ilmu masakan macam my beloved mom serta pemilik blog2 resepi yang amat ku kagumi dalam diam. Kadang-kadang aku terfikir sejenak, bagaimana mereka bisa menjadi sebegitu hebat??? Apakah Rahsianya?? lalu, aku sendiri yang menjawab persoalan itu, "mungkin mereka rajin mencuba dan tidak pernah putus asa dalam mencuba pelbagai resepi untuk dihidangkan kepada keluarga"

Oleh itu, aku turut menyimpan cita-cita ingin menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Doakan kejayaan aku.