Wednesday, 5 September 2012

Saya Budak Baru Belajar

Setelah 6 bulan lebih melayari alam rumahtangga, aku masih lagi terhegeh-hegeh di dapur, menyelak buku resepi, buka blog2 resepi ketika hendak menyediakan hidangan buat suamiku tercinta. Nasib baik ade buku resepi dan blog2 resepi yang best. Kalau tak, tak tau la ape nak jadi ngan aku ni.

Sungguhpun begitu, aku tidak mahu mengalah. aku akan cuba dan terus mencuba sehingga la aku jadi expert dalam ilmu masakan macam my beloved mom serta pemilik blog2 resepi yang amat ku kagumi dalam diam. Kadang-kadang aku terfikir sejenak, bagaimana mereka bisa menjadi sebegitu hebat??? Apakah Rahsianya?? lalu, aku sendiri yang menjawab persoalan itu, "mungkin mereka rajin mencuba dan tidak pernah putus asa dalam mencuba pelbagai resepi untuk dihidangkan kepada keluarga"

Oleh itu, aku turut menyimpan cita-cita ingin menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Doakan kejayaan aku.

2 comments:

  1. As salam. Lebih baik dari saya yg setelah berpuluh tahun baru mulai memasak utk famili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam.. terima kasih kak, klu akak nk taw akak la antara blogger y sy kagumi dalam diam. Akak buatkan sy fikir, bekerja bukan penghalang untuk kita memasak. Terima kasih kak:)

      Delete