Friday, 5 October 2012

Checklist Barang Baby

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmmm...sedar tak sedar dah hari Jumaat. Hari yang penuh dengan barakah. Lebih kurang seminggu taw aku amik masa nak memikirkan ape yg aku nak update dalam blog ni..Pening..Pening... Yelah, Budak Baru Nak Belajar berblogging...

So, hari ni nak update sikit la pasal checklist untuk barang baby. Disebabkan aku first time pregnant, aku pun memerlukan pandangan senior2 yg sekiranya ade terbaca blog aku ni...Please Correct Me If I'm Wrong. I do need ur help & suggestion.

Checklist ni aku kumpul2 dari google, blog2 yg aku pernah baca (tp terlupa pulak namanye). Sila tambah jika ada yg kurang ye...Thanks:))

Kelengkapan Tidur
1. Katil
2. Tilam
3. Set Bantal (Bantal/Bantal Panjang)
4. Selimut

Kelengkapan Mandi
1. Tab Mandi
2. Barangan Mandian (Starter Pack)
3. Tuala

Pakaian
1. Sarung Tangan (Mittens)
2. Sarung Kaki (Booties)
3. Topi
4. Rompers
5. Seluar Panjang
6. Baju Lengan Panjang
7. Seluar Pendek
8. Baju Lengan Pendek
9. Napkin
10. Pampers
11. Barut
12. Kain Bedung

Kelengkapan Penyusuan
1. Pam
2. Bekas Simpan Susu Ibu
3. Ice Pack
4. Cooling Bag
5. Botol Susu
6. Susu Formula (incase susu lambat keluar)
7. Puting
8. Berus Botol
9. Kain Pelindung Penyusuan

Lain-lain
1. Pelapik Napkin
2. Tisu Basah
3. Lapik Tukar Lampin
4. Beg Lampin
5. Bedak/Lotion/Baby Oil (starter pack)
6. Minyak Telon
7. Kapas Muka
8. Tuam
9. Pemotong Kuku
10. Kelambu
11.Baby Stroller

Masa mula-mula aku study checklist ni (cewah) terbeliak biji mata aku taw...Banyak betul..Then, terus tunjuk kat En.Suami. Terus dia garu2 kepala. Dia lagi terkejut agaknya. Mb sbb dia anak bongsu, tak pernah la tgk parents beli barang2 baby. aku da biase coz aku anak sulong..

Preparation aku plak baru separuh jerr daripada list diatas.. Still berusaha mencukupkan keperluan. Masalahnya, aku kurang berminat plak nk shopping sejak pregnant ni. Asyik tangguh jer..hmmm...ntah la.Insyaallah, next week aku akan cukupkan la semuanya...Insyaallah....


No comments:

Post a Comment