Thursday, 14 February 2013

Holiday Tales:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah....Semenjak kehadiran cintahati dalam hidup aku, semakin melimpah ruah rezeki aku nie. Bulan nie, sempena cuti C.N.Y dgn rezeki yang dikurniakan Illahi dapat la aku jalan-jalan tengok negeri orang.

Hari first cuti = hari sabtu, aku berada di kampung bondaku yang terletak di Kg.Gajah, Perak. Nenda buat kenduri kesyukuran & doa selamat sempena pertunangan Paksu aku. Tau jelah kan kalau buat kenduri camne. Busy sgt2 sampai cintahati pun minta makcik2 dia yang tolong tengokkan. So, tak sempat la nak ambik gambar. Habis je kenduri terus bergegas balik Rawang.

Hari Kedua = hari Ahad, Pagi2 aku dah bangun taw. Punye excited nak pergi Pahang. Paksu aku bertunang dgn orang sana. Orang Triang katanya. Aku tak amik port sangat pasal tue sebab da syok sangat nak bawak cintahati jalan2 kan....Bertolak dari Rawang pukul 9 pg. Kitorang igtkan da lambat la sebab janji jumpa kat Genting Sempah pukul 8.30 pg. Rupe2nye kitorang antara yang paling awal a.k.a excited...Pukul 10 baru yang lain sampai. Relax jap...Then terus bergerak ke Triang...All the way to Pahang, Cintahati tidur jer..tak banyak kerenah pun..:)



Muka tenang je tidur..:) Tak sedar  la tue da kena angkat dari kamar beradu.

En.Suami while driving:)

KAMI + KITA = LOVE<3




Cintahati sayang baru bangun tidur:)

Rupa2nya, on the way nak gi rumah bakal maksu aku tue lalu Tasik Bera. Nasib baik diorang stop. Dapatlah aku menikmati keindahan tasik tue jap. Serious best...Cantik tempat tue...:) Actually aku sangat suka gi tempat camni compare tue g mall2 watever. En.Suami pun excited. Yelah, bila kaki pancing jumpe tasik...Tipu la tak excited kaaan...Masa nie cintahati baru bangun tidur, so agk suprised and moody sikit. Tangkap gambar pun x maw tgk camera..


Ayah luv mama syg cintahati

Family baru with Lots Of Love:)


Yang baju oren tue my bonda a.k.a opahmama cintahati:)

Sampai jerr kat rumah bakal maksu aku, majlis terus mula. Taknak tunggu lama2. Lepas bincang2 semua, kini......
Paksu aku sudah pun jadi tunangan orang...(cerita macam paksu aku pompuan plak kan, padahal dia laki..HAHA:D) Apepun, Congrats Paksu..Semoga kekal ke Jinjang Pelamin..:)

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan


Paksu & Maksu



Mama & Cintahati ..LOVE,LOVE,LOVE:)




En.Suami & Cintahati..SYG MEREKA BERDUA:)

Selesai majlis pertunangan tue, kitorang terus gerak balik Rawang sebab esok plan nk g KL plak. On the way balik, macam biase singgah Genting Sempah jap. Saje2 singgah amik gambar kenang-kenangan.Masa kat sini, angin kuat gile..Sejuk sangat....Hihihi..Seronok,Seronok:)






Actually aku pergi nie pun sebab my bonda yang ajak. So untuk menggembirakan hati bonda, KAMI pon sepakat la untuk g Pahang. Bercuti sambil Beramal. Dapat pahala free2 jer..Dunia dapat, Akhirat pun selamat:)


No comments:

Post a Comment