Bismillahirrahmanirrahim....
Khamis : 14 Mac 2013
Amik cintahati dari taska. Then cikgunya inform mata belah kiri cintahati macam nak kena sakit mata. Kerisauan menyelubungi hati.
Jumaat : 15 Mac 2013
Mata cintahati confirm infected. Badan pun mulai dedar..Mama tak boleh tidur fikir camne nak buat. Dari pukul 3 sampai pukul 5 mama fikir ape nak buat. Last2 tabahkan hati sms boss n manager2 mnta izin nak bawak cintahati ke office..Approved...:)
Kat office suhu turun naik, nasib baik sayang mama sangat memahami keadaan. Lansung tak merengek even tido terkejut2..Kejap2 jaga. Then, Boss mama bagi approval untuk mama cuti, bawa cintahati rest kat rumah. Disebabkan risau, ayah pun amik separuh hari. Bawa cintahati ke klinik..
Sabtu : 16 Mac 2013
Sepatutnya hari nie ayah ade trip memancing ngan atuk sedara cintahati dan beberapa orang kawannya. Ayah nak cancel...Mama pun cakap la. Jangan buat camtu, nnt orang tak percaya kita. Dah janjikan?Kan dah plan awal2. Pergi aje la. Mama boleh tolong tgk cintahati. Lagipun sekejap sangat. Sabtu petang sampai esok pagi..Then, boss mama called pulak, ade urgent job. Kena datang office. Mama bawak cintahati. Terpaksa...Maafkan mama..
Ahad : 17 Mac 2013.
Ayah balik dari trip memancingnya. Tapi mata cintahati still tak recover. Plus selsema n batuk. Mama pulak dah rasa semacam. Nafas cam panas jer...Mama and ayah bertukar tangan jaga cintahati..Cintahati tak nak baring lansung. Hidung sumbat barangkali.
Isnin : 18 Mac 2013
Mama amik cuti nak jaga cintahati. Nak hantar taska tak sampai hati. Takut jangkit ngan budak lain pulak. Mama tak nak diorang rasa apa yang mama rasakan sekarang. Mama pun bertabah lah dirumah sorang2. Ayah kena kerja. Cintahati tidur jer.. Effect ubat kot.. N mama pulak 10 min sekali check suhu. sekejap 37.9 kejap naik 38.2. Then turun balik. Petang tue lpas mandi suhu naik tak turun2 38.2. Mama cepat2 call my cutey officemate minta tlg google apa nak wat untuk decrease temp. cintahati kesayangan mama nie. Dia pun sms la petua2 nak kurangkan temp. sayang mama nie. Then, Mama pun apply la satu petua nie, lap kepala. pelipat n ketiak cintahati dengan air sejuk..Alhamdulillah suhu turun. Ayah balik jer gi klinik lagi sekali, tapi klinik lain pulak..
Selasa : 19 Mac 2013
Mata mama mula rasa berpasir.. Dan itu tandanya. Wakena Beb. Mama pun infected plus demam lagi...Ayah mula risau..Kesian ayah kan cintahati..Ayah bawak mama gi klinik. Dapat mc. Yelah sakit mata, takkan tak mc kot..Nnt jangkit kat orang lain..Sambil jaga cintahati sambil risau, yelah takut jangkit balik. Mama pejam2 jer sebelah mata nie. Lewat malam around 2 pagi, cintahati terjaga. Then merengek. Mama syak susah nak bernafas sebab hidung tersumbat. Bawak gi klinik lagi..Doktor cakap ade kahak sikit...Dia bg ubat cair kahak.
Rabu : 20 Mac 2013
Mama demam..:( panas... Mama rase tak larat sangat hari nie.. Cintahati dah semakin pulih...Da tak merengek2 nak dukung lagi.. Mama goyang2 kunci kat cintahati. Cintahati pun leka la main dengan kunci tue. Then cintahati tidur. Ayah balik baru jaga and nak main2. Tq cintahati sayang mama..Ayah bawak balik ubat demam and sakit kepala untuk mama. Tapi mama tak berani makan. Ayah suruh makan jugak.. Mama makan sebiji. Then mama tertidur. Ayah yang jaga cintahati. Ayah kejut mama suruh solat maghrib Lepas mama solat, ayah suruh tidur..Rest..Mama pun baring la kat bilik. Cintahati dengan ayah wat apa la agaknya ye...Tapi mama xde pulak dengar anak mama merengek. (Mama sedar ke?????/huhu). Dalam mamai2 tue, mama dengar ayah cakap cintahati muak. Buang kahak agaknya.. Banyak...Habis kain ayah. Mama dah puas rehat, mama bangun main dengan cintahati kejap. Then cintahati tidur lena sampai pagi....
Khamis : 21 Mac 2013
Cintahati sihat sepenuhnya:) Mama sihat sikit2. Mata still merah lagi...Cintahati start sekolah balik today and mama start work...Tue yg boleh update blog nie..:) ♥
No comments:
Post a Comment