Wednesday, 29 January 2014

Berubah Selera

Bismillahirrahmanirrahim...

Update kali nie for sure about cintahati kesayanganku puteri nurul nazihah..

Nak masuk setahun dua bulan nie, citarasa tekak nazihah dah bertukar pulak. Before this, tak kisah la apa aku suap.. dia nganga je, pastu telan... then kenyang, hati iolls pun senang. Sekarang kemain, suap nasi.. luah.. nak makan lauk je... aku mula la pening. Kenapa pulak dah taknak makan nasi nie.

Pastu kelmarin gi la monthly checkup dia kat klinik.. berat dia turun 0.5 gram ok. Walaupun nilai tue kecik, takde lah serius mana.. aku tetap risau tau.

Jenuh la kepala hotak nie fikir, apa yang aku patut buat supaya berat badan dia tak turun sebab dua bulan lg kena check up semula.

Aku pun study la sikit-sikit... hmm then aku dapat idea. Tukar nasi tue kepada fav nazihah which is mee..pastas..dsd (dan sewaktu dgnnya)

So, sekarang bertambahlah sikit kerja harian iolls kat dapur. Lauk pauk utk suamisteri dan meal untuk cintahati.

After dua hari trial nie, alhamdulillah cintahati nampaknya berselera...aku suap, dia nganga..telan..tak luah dah.. iolls lega..

Cuma sekarang kena lebih kreatif la dalam menyediakan meal dia...nak buat camne kan.. study aje la...

Sekian...

Thursday, 23 January 2014

Romantika..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... aku nie sebenarnya suka tengok cerita romantika kat astro nie. Walaupun kadang-kadang aku tak dapat tgk time yang exactly masa now showing.. almaklum la, banyak hal kan..hal cintahati, hal imamku, hal family ku..macam-macam hal la.. aku akan tengok balik siaran ulangan,for sure..

Haa... sekarang nie aku tengah tengok la nie. Romantika : Wardina Safiyya.

Dan disebabkan ini lah mood aku datang nak menghapdet blog aku nie ala-ala romantika gitu... maksud ala-ala romantika ialah... aku akan post antara soalan-soalan pemes dalam romantika.. tapi... tapi... berserta jawapan.. dan jawapan tue haruslah dari aku kannn... takkan nak hamik jawapan wardina kott....hahaha...

1. Kali pertama kenal?
~ masa tue aku tengah praktikal, en.suami datang bagi no.phone kat aku.. dari situ la kitorang kenal.

2. Siapa kuat merajuk?
~haruslah aku kann... dah nama lagi puteri.. bak kata en.suami.. dulu sorang puteri, nie dah dua..hahaha.. nak tau kenapa? Cintahati pun kuat gak merajuk dgn ayahnya.

3. Siapa paling romantik?
~haruslah orang yang kuat merajuk nie gak.. tapi en.suami pun tak kurang romantiknya. So, dalam bab nie seri..huhu..

4. Kenangan terindah dalam hidup?
~dapat hadiah pakej honeymoon masa wedding... get a cute lil princess.. nazihah..

5. Doa dan Harapan
~harapan aku semoga perkahwinan kitorang nie kekal ke jannah.. dan aku berharap aku dapat jadi seorang isteri yang manis di samping suamiku dan mama yang sweet pd cintahatiku nazihah di dunia dan akhirat. Dan aku rasa aku tahu apa harapan suamiku.. dia pun nak jadi suami yang baik utkku dan ayah yang terbaik utk anak dia..

Sekian...

Tuesday, 14 January 2014

Kisah Semalam..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisahnya semalam.. cintahati tidur awal, dalam 10 lebih camtu dah tidur. Biasanya..selagi tak jejak 2,3 pagi jangan harrap dia nak tidur. Mama confident dalam hati, "alhamdulillah, setelah sekian lama nazihah kenal juga siang dan malam..finally..selamat aku, eyebag dah bertingket nie".

Anak dah tidur..mama pun relax relax la, tengok tv dgn aman sekali...baru aku nak terlelap, kulihat jari jemari cintahatiku itu bergerak gerak...

Cancel niat tidur sebab aku dah confident sangat yang nazihah akan jaga 2,3 saat lagi. Betul sangat tekaan aku, dia golek golek jap..pastu senyum tengok aku...

Bila dah senyum camtu, uolls agak dia akan tidur balik ke? Memang tak la kan... malam sebelum sebelum nie, even dia tidur lambat..dia tak pernah kacau ayah dia tidur.

Tapi....

Malam semalam, memang kaw kaw dia buli ayahnya... bila ayah dia terlelap je sikit, dia datang kat ayah dia. Tepuk tepuk panggil ayah.. "ayah..yah"..yang ayah pulak bertabah aje layan.hehe...

Nazihah nie sangat suka haiwan..kucing, ikan dan sebagainya la.. as a solution nak bagi dia diam sikit, aku pun bukak la channel animal planet.

Tgk channel tue pulak, makin galak la dia mengejut ayahnya.. asal ada haiwan jer..dia panggil ayah dia camni...
"Ayah...tish" (tish tue sebenarnya fish,tapi tak kira la tengok haiwan apa,semua tish) pastu pok pek pok pek bahasa baby dia.. ayah dia sabar jer padahal aku tengok mata kecik sangat dah...yang aku tergelak gelak lah tengok kerenah diorang nie, apalagi kann..

Kesian kat ayah dia, aku tukar channel lain..ingatkan nak selamatkan ayah dari dikacau la kan... tp tak jadi... bila dah tukar channel, nazihah dia boring, dia ambik pulak ball dia, bawak kat ayah... ajak ayah main ball...

aku pun layan la anakanda cintahati ku sorang nie, main ball tue dgn dia dgn harapan dia tau kacau ayah lg... mula mula dia tak nak..kau rasa??? Dia still ajak ayah dia..."ayah..ayah" dok sebelah ayah dengan bola dia..

Tapi, bila dah dipujuk 2,3 kali, nazihah pun surrender...bukan ape, aku kesian kat ayah dia..dah pukul 2 kot tak tidur lagi. Esok nak work..

Last last pukul tiga jugak dia tidur..dgn kata lain, pukul 3 lebih jugak la mama dia tidur kann...

So, please jangan tanya kenapa ada backpack kat mata iolls ok.....

Sekian...

Thursday, 2 January 2014

Setahun itu...2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Macam insan lain kat luar sana, tahun 2013 turut meninggalkan 1001 kenangan buat aku.

Antara kenangan terindah aku sepanjang tahun lepas adalah pengalaman pertama menjadi seorang mama kepada puteri cintahatiku Puteri Nurul Nazihah Binti Mohd Nasir.

Huihh...memang cabaran besar tau jadi seorang ibu nie. Lagi-lagi aku nekad nak fully BF cintahatiku seorang nie.

Okay..nazihah nie di awal kelahiran tak silap aku 3 bulan pertama, maksudnya masa dalam pantang la..dia seorang bayi yang sangat diam..kurang menangis, kuat tidur sebab ada kuning sikit dan jarang sakit. Seingat aku, ada la 2 atau 3 kali jer dia kena kembung. Pastu sampai sekarang takde. Alhamdulillah.. Masa tue pulak aku duduk dengan mama tak terasa sangatlah tekanannya.hehe..

Habis pantang, aku dan en.suami pun balik lah semula ke mahligai kitorang... dan bermulah episod keibubapaan kitorang.. aku balik seminggu awal.. yelah nak cari pengasuh,masa nie aku keja lagi..pastu nak training handle baby sendiri..kira aku dengan en.suami nak berdikari lah nie.

Teringat lagi hari pertama tinggalkan nazihah..berjujuran airmata aku nie. Allahurabbi..perasaan aku memang tak dapat digambarkanlah. Jenuh juga en.suami pujuk masa dalam perjalanan ke office hari tue. Dan hari tue jugak lah start episod nazihah meragam. Bila nak tidur jer, dia punya meragam..tak hengat kau..strrress mak dibuatnya..yelah esok pagi kita nak keja, kena bgn awal. Malam anak meragam..adalah sejam dia meragam sebelum tidur. Fuhh..memang baek punya..

Sebulan pengasuh jaga then pengasuh give up, hantar taska pulak. Lain pulak ceritanya dah pergi taska nie... asyik tak sihat.. dalam seminggu 3 kali pergi klinik. Hidung tak pernah kering..berair aje. Pastu demam... Bayangkan la sendiri. Mak ayah mana tahan tengok anak camtu kann...

5 bulan juga aku bertahan dengan keadaan camtu sampai lah suatu hari aku dah tak mampu bertahan lagi. Aku dan en.suami buat keputusan terbesar dalam hidup aku iaitu aku resign dari kerja aku..

So, jadilah aku seorang suri sepenuh masa kepada nasir dan nazihah yang aku sayangi nie. Sesuai la dgn nama aku sekarang kan, Surinasir...

Aku tahu sebenarnya ramai yang terkilan aku resign kerja terutamanya ibu bapa aku.. Tapi aku nak menegaskan bahawa aku seronok dan senang jadi surirumah nie. Mula-mula dulu aku akui memang bosan. Yelah kita dah biasa kerja, keluar dgn officemate. Ada kawan sembang, gurau, makan dan lain-lain. Tapi setelah sekian lama jiwa aku makin seronok.. seronok layan kerenah anak dara aku sorang nie.. seronok dapat tumpukan sepenuh perhatian pada en.suami dan cintahati.. even kadang-kadang ada yang aku terkurang tapi tak la kerap berlaku macam masa aku kerja dulu. Cintahati makin kurang ragam dan sakitnya.

En.suami pulak sangat memahami aku..kehendak aku...bila ada masa terluang, semua kemahuanku dilaksanakan. Terima kasih abang! Di hati ayg, abang lelaki paling hebat.

November 2013 hari tue genap cintahati setahun. Alhamdulillah..cintahati dah pandai berjalan, gigi pun dah banyak.. makan pun takde masalah.,setakat nie berselera aje. Harap kekal la dan cintahati still bf lagi ok...alhamdulillah tercapai cita-cita aku nak fully bf dia.mudah-mudahan sampai 2 tahun nanti.

Hmm nie lah cerita aku untuk tahun 2013.. Tahun 2014 nie tak tahu lagi apa pulak ceritanya. Harap-harap semuanya berjalan lancar lah tahun nie. Nanti kalau ada cerita, insyaallah aku update later.. itu pun kalau ada kekangan masa. Biasalah..walaupun surirumah, jangan ingat i tak busy hokey.. busy tau..kalah orang bekerja kott..haha..

Nie ada sikit picture sebagai dessert. Harap tak muntah.

Sekian untuk tahun 2013.