Bismillahirrahmanirrahim..
Macam insan lain kat luar sana, tahun 2013 turut meninggalkan 1001 kenangan buat aku.
Antara kenangan terindah aku sepanjang tahun lepas adalah pengalaman pertama menjadi seorang mama kepada puteri cintahatiku Puteri Nurul Nazihah Binti Mohd Nasir.
Huihh...memang cabaran besar tau jadi seorang ibu nie. Lagi-lagi aku nekad nak fully BF cintahatiku seorang nie.
Okay..nazihah nie di awal kelahiran tak silap aku 3 bulan pertama, maksudnya masa dalam pantang la..dia seorang bayi yang sangat diam..kurang menangis, kuat tidur sebab ada kuning sikit dan jarang sakit. Seingat aku, ada la 2 atau 3 kali jer dia kena kembung. Pastu sampai sekarang takde. Alhamdulillah.. Masa tue pulak aku duduk dengan mama tak terasa sangatlah tekanannya.hehe..
Habis pantang, aku dan en.suami pun balik lah semula ke mahligai kitorang... dan bermulah episod keibubapaan kitorang.. aku balik seminggu awal.. yelah nak cari pengasuh,masa nie aku keja lagi..pastu nak training handle baby sendiri..kira aku dengan en.suami nak berdikari lah nie.
Teringat lagi hari pertama tinggalkan nazihah..berjujuran airmata aku nie. Allahurabbi..perasaan aku memang tak dapat digambarkanlah. Jenuh juga en.suami pujuk masa dalam perjalanan ke office hari tue. Dan hari tue jugak lah start episod nazihah meragam. Bila nak tidur jer, dia punya meragam..tak hengat kau..strrress mak dibuatnya..yelah esok pagi kita nak keja, kena bgn awal. Malam anak meragam..adalah sejam dia meragam sebelum tidur. Fuhh..memang baek punya..
Sebulan pengasuh jaga then pengasuh give up, hantar taska pulak. Lain pulak ceritanya dah pergi taska nie... asyik tak sihat.. dalam seminggu 3 kali pergi klinik. Hidung tak pernah kering..berair aje. Pastu demam... Bayangkan la sendiri. Mak ayah mana tahan tengok anak camtu kann...
5 bulan juga aku bertahan dengan keadaan camtu sampai lah suatu hari aku dah tak mampu bertahan lagi. Aku dan en.suami buat keputusan terbesar dalam hidup aku iaitu aku resign dari kerja aku..
So, jadilah aku seorang suri sepenuh masa kepada nasir dan nazihah yang aku sayangi nie. Sesuai la dgn nama aku sekarang kan, Surinasir...
Aku tahu sebenarnya ramai yang terkilan aku resign kerja terutamanya ibu bapa aku.. Tapi aku nak menegaskan bahawa aku seronok dan senang jadi surirumah nie. Mula-mula dulu aku akui memang bosan. Yelah kita dah biasa kerja, keluar dgn officemate. Ada kawan sembang, gurau, makan dan lain-lain. Tapi setelah sekian lama jiwa aku makin seronok.. seronok layan kerenah anak dara aku sorang nie.. seronok dapat tumpukan sepenuh perhatian pada en.suami dan cintahati.. even kadang-kadang ada yang aku terkurang tapi tak la kerap berlaku macam masa aku kerja dulu. Cintahati makin kurang ragam dan sakitnya.
En.suami pulak sangat memahami aku..kehendak aku...bila ada masa terluang, semua kemahuanku dilaksanakan. Terima kasih abang! Di hati ayg, abang lelaki paling hebat.
November 2013 hari tue genap cintahati setahun. Alhamdulillah..cintahati dah pandai berjalan, gigi pun dah banyak.. makan pun takde masalah.,setakat nie berselera aje. Harap kekal la dan cintahati still bf lagi ok...alhamdulillah tercapai cita-cita aku nak fully bf dia.mudah-mudahan sampai 2 tahun nanti.
Hmm nie lah cerita aku untuk tahun 2013.. Tahun 2014 nie tak tahu lagi apa pulak ceritanya. Harap-harap semuanya berjalan lancar lah tahun nie. Nanti kalau ada cerita, insyaallah aku update later.. itu pun kalau ada kekangan masa. Biasalah..walaupun surirumah, jangan ingat i tak busy hokey.. busy tau..kalah orang bekerja kott..haha..
Nie ada sikit picture sebagai dessert. Harap tak muntah.
Sekian untuk tahun 2013.
No comments:
Post a Comment