Bismillahirrahmanirrahim...
Buat anakanda mama..
Sayang....
◆ Jangan pernah tinggal solat... solat mencegah dari keburukan sayang.
◆ Jagalah auratmu. Maka pasti terpelihara kehormatanmu.
◆ Belajar lah semahu mu... dan jangan lupa untuk mengajarkannya. Sebab ilmu lebih bermanfaat jika dikongsikan.
◆ Cantik tue perspektif... hanya di mata... jadilah diri sendiri.. pasti cukup indah sayang...
◆ Petua untuk bahagia. Hargai apa sahaja yang ada di sekelilingmu.
◆ Jangan sesekali tengok orang yang lebih dari kita. Tengok lah orang yang di bawah kita. So that kita akan sentiasa bersyukur.
◆ Selalu la berdoa. Doa tue senjata orang mukmin.
◆ Belajar lah dari kesilapan. Sekali, kesilapan. Dua kali, kecuaian. Tiga kali itulah kebodohan. So, tolong jangan buat kesilapan yang sama berulang kali.
◆ Andainya satu hari nanti, mama pergi dulu. Tolong jaga ayah baik-baik. Sayangi ayah. Manjakan ayah. Sentiasa lah disisinya. Jangan sesekali biar ayah kesunyian.
◆ Jangan lupa kirimkan doa untuk ayah dan mama. Cukup sekadar Al-Fatihah selepas solat.
◆ Jaga lah pertuturan mu. Kerana mulut, badan binasa.
◆ Jangan sesekali mengungkit dalam segala hal.
◆ Belajar lah untuk bersabar.
◆ Sentiasa dahulukan agama dan keluarga.
◆ Sentiasa penuhi hati mu dengan kasih sayang maka kau akan disayangi.
◆ Please bare in mind that ayah and mama will always love you.. no matter how old you are and how old we are.
With lots of love.
Mama.
Sekian......