Thursday, 17 April 2014

Rawatan Awal Anak Demam

Bismillahirrahmanirrahim....
Hari nie iolls nak share sikit pasal rawatan awal yang perlu mak mak buat jika anak demam. Bapak bapak pun sila take note ye.. mana lah tahu boleh membantu mak mak kannnn...
Sejak jadi full time suri nie, ada la 3,4 kali puteri kesayangan iolls tue demam... masa mula-mula dulu iolls gelabah gila ok..tak tahu nak buat ape...
Tapi alhamdulillah sekarang dah tak gelabah dah...tapi tak bermakna kita tak perlu alert pada anak tau... ini cuma rawatan awal... kena pergi klinik juga.. minta nasihat doktor. Kena tahu status anak kita sebenarnya... apa sakitnya... apa rawatan susulan yang diperlukan... ubat apa yang dia kena makan...ok guys..
Ok...berbalik pada topik kita ada beberapa benda yang wajib ada kat rumah. Antaranya:-
1) termometer: untuk pantau suhu badan anak
2) cool fever : bantu rendahkan suhu anak
3) ubat demam: yang nie dapat dari klinik kesihatan. Biasanya aku akan simpan ubat tue dalam tempoh 6 bulan. Ubat nie dapat masa check anak kat klinik kesihatan.
Apa yang perlu dibuat sekiranya anak demam?
1. Cek suhu badan anak, kalau suhu 37.5°C ke atas dah kira demam tau. Jangan bagi suhu cecah 39°C ke atas. Doktor cakap kat aku tue dah kira demam panas, bahaya pada anak.
2. Kerap mandikan anak... biar suhu dia drop. Tapi jangan pulak mandikan dengan air yang terlampau sejuk. Mandikan dengan air paip biasa je.
3. Lepas tue selalu lap badan anak dengan kain yang direndam dengan air. Yang nie boleh la letak ais 2,3 ketul. Bagi air tue sejuk sikit. Kerapkan lap di bahagian pelipat. Bawah tengkuk, ketiak, celah peha.
4. Tampal cool fever. Ada setengah orang tampal kat kepala, tapi aku.. aku tampal kat belakang, atas tulang belikat tue. Sebab ada yang cakap bahaya tampal di kepala. Yang nie aku tak berapa pasti. Sila lah google sendiri ya. Di samping tue aku tekapkan pusat anak aku dengan kain lembap yang digunakan untuk lap badan anak tadi.
5. Bagi makan ubat demam.
6. Jangan lupa pergi klinik.
7. Pantau suhu anak 10 minit sekali.
Haa... ini lah yang aku buat sementara tunggu zauj ku balik kerja. Then, terus bawak anak pergi klinik. Like I said before, harus dapatkan nasihat doktor.(amaran keras nie)
Diharapkan apa yang aku update nie sedikit sebanyak dapat la membantu newbies mom ala ala aku nie.
Sekian.

No comments:

Post a Comment