Thursday, 17 April 2014

Khas Untuk Mom To Be

Bismillahirrahmanirrahim...

Nampaknya mood mengeshare aku dah sampai agaknya... saja nak berkongsi mana lah tau dapat memberi manfaat pada insan-insan kat luar sana.

Setelah selamat melahirkan puteri kesayangan ku ini, barulah aku sedar yang aku dah buat beberapa kesalahan sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang hari tue...

Post nie bukanlah bertujuan nak membuka pekung di dada sendiri... cuma iolls harap dapat lah membantu mom to be yang lain agar tak buat kesilapan sama macam aku dulu.

Dear all mom to be...

1) sila rajinkan diri sapu lotion/minyak zaitun/baby oil pada perut uolls taw.. untuk elakkan strecth mark. Sebab kesan dia gila susah nak hilang hokey...
2) bila dah dekat due date, boleh try makan sayur radish.. nie untuk banyakkan susu.  So that awal-awal dah banyak susu. Bila banyak susu.. prevent baby from jaundice. Insyaallah...
3) masa i preggy dulu suka juga makan nasi goreng.. my dad selalu sound,kurangkan.. takut baby besar...end up my lil princess keluar agak besar. 3.03kg. Tapi yang nie depends pada diri masing-masing ok. Nak ikut boleh.. tak ikut pun tak salah kot.
4) kalau hb rendah.. banyakkan lah makan buah tamar atau kurma. Kismis pun ok jugak. Masa iolls preggy dulu, dalam bulan puasa hb rendah. Alhamdulillah makan kurma dan kismis, hb normal balik.
5) dalam pantang..masa berbengkung sapu sikit lotion panas tue kat perut korang. Sapuan halus je. Cari lah bengkung yang betul-betul boleh ikat perut tue. Untuk elak perut buncit dan menggeleber. Iolls take time tau nak hilangkan perut tue..sebab dah habis pantang baru buat.nasib baik boleh. Fuhhhhh...suspen kejap hokey..

Yang lain macam biasa la...minum susu. Kalau tak lalu, gantikan dengan sumber kalsium lain. Macam aku, aku minum milo.

Banyakkan lah makan buah-buahan. Minum air kosong secukupnya.

Dan bagi yang beragama Islam, rajinlah baca al-quran..insyaallah banyak kebaikannya. Baik untuk mummy mahupun baby.

Ini jelah kot yang dapat aku kongsikan buat masa nie... nanti kalau iolls teringat, iolls tambah lagi.

Sekian...

No comments:

Post a Comment