Bismillahirrahmanirrahim...
Sedar tak sedar, tahun 2014 telah pun pergi meninggalkan kita. Banyak suka duka pahit manis yang telah dilalui sepanjang tahun nie.
Kalau nak cerita semua kenangan aku mahu muntah korang semua baca nanti. So aku share sikit-sikit je la antara memori yang rasanya bakal terpahat di hati aku nie selamanya...
Tarikh keramat 8 Mei 2014.. Allah menjemput pergi Abah buat selama-lamanya. Rasanya baru hari nie lah aku ada kekuatan untuk menaip pasal nie.
Allah menjemput Abah pergi tanpa aku disisinya.. yang buat aku rasa terkilan sangat...malam 7 Mei 2014 tue, kitorang kumpul adik beradik kat rumah Abah untuk celebrate birthday arwah. (Memang jadi kebiasaan, kalau ada hari jadi atau ulangtahun, kitorang semua akan balik berkumpul rumah Abah. Buat makan-makan sikit). Masa tue arwah tak tunjuk lansung tanda-tanda macam dia nak 'pergi' tinggalkan kitorang semua buat selama-lamanya. Rata-rata yang kenal arwah memang tahu tahap kesihatan arwah.. arwah nie dah lama menderita sakit.. Diabetes puncanya. Sebab arwah dah biasa tau sakit so we didn't expect. Korang faham tak. Dia nampak normal.. macam dia yang biasa malam tue.. Lepas aje selesai makan makan tue, Aku dan suami pun minta izin nak balik sebab esok nak kerja. (Rumah aku dengan rumah arwah dekat je, dalam 10km jaraknya). Terngiang-ngiang lagi kat telinga aku kata-kata terakhir dia pada aku T.T masa aku salam dia sebelum balik "terima kasih ayong, along". Then, kitorang balik. Tiba-tiba pagi tue lepas subuh Mama call bagitau Abah dah takde. Allahuakbar... rasa macam tak percaya pun ada waktu tue. Kalau la aku tahu yang abah akan pergi buat selama-lamanya. Sumpah aku takkan balik kot malam tue. Tapi semua dah tertulis kan.. Siapa lah aku untuk menidakkan Qada' dan Qadar Allah swt. Al-Fatihah buat arwah. Moga arwah dicucuri rahmat.
Sekarang nie tinggallah aku tanpa berkat doa seorang Ayah lagi, baik Ayah kandung mahupun Ayah mertua. Dah takde sape-sape lagi yang boleh aku panggil Abah.. T.T
Nasihat aku kat korang yang ada Ayah lagi.. hargailah setiap saat bersamanya. Kita takkan tahu bila dia akan 'pergi' tinggalkan kita.
Allahu.. rasa takde kekuatan pulak nak ceritakan memori lain, InsyaAllah ada kekangan masa aku akan cuba ceritakan lagi. InsyaAllah....
Terima kasih pada yang sudi membaca.
Sekian...
No comments:
Post a Comment