Bismillahirrahmanirrahim...
Nee Noo... Nee Noo.. Nee Noo.. (bunyi siren). Refer kepada tajuk diatas, kenapa aku bagi nama "Mee Emergency" ?
Haaa.. sebab anakanda ku yang seorang nie suka tiba-tiba. Tengah kitorang berdua syok syok tengok TV, tiba-tiba je dia cakap camni kat aku "mama, nak mee". Padahal tengahari td dah lunch sesama. Makan nasi. Mana la nak ada mee kan.
Lantas, aku pun bergegas la ke dapur tengok apa yang ada. Godek punya godek, jumpa la spageti. Ok lah.. sama je kot spageti ngan mee.
Pergi kat peti ais pulak, tengok-tengok ada balance sayur goreng semalam, tue pun balance sayur ayam goreng kunyit. Ayam yillek. Tinggal sayur je. Boleh laa... Pastu teringat hari tue ada simpan air rebusan daging kat freezer. Ambik semua, bawak ke dapur. Then, fikir kejap. Ok! Idea sudah mari.
Bahan-Bahan
• air rebusan daging
• spageti (direbus sehingga ala dente)
• 1 ulas bawang putih (dihiris)
• sayur goreng (aku guna lebihan semalam je)
• 1 sk cili giling
• 1sk sos tiram
• air rebusan daging
• spageti (direbus sehingga ala dente)
• 1 ulas bawang putih (dihiris)
• sayur goreng (aku guna lebihan semalam je)
• 1 sk cili giling
• 1sk sos tiram
• kicap sikit
Cara-cara
• Panaskan sikit minyak, goreng bawang putih sampai naik bau.
• Panaskan sikit minyak, goreng bawang putih sampai naik bau.
• Masukkan cili giling dan sos tiram goreng sampai naik minyak. Kalau kering boleh letak air rebusan daging sikit.
• masukkan sayur goreng tadi. Goreng sekejap. Pastu masukkan air rebusan daging. Yang nie ikut la nak banyak mana korang nak, ikut keselesaan. Anak kita suka banyak kuah so kita buat berkuah sikit.
• Dah gelegak, masukkan mee/spageti. Masukkan kicap sikit. Masak sekejap.
• Perasakan. Siap.
Haaa.. maka terhasillah "Mee Emergency" nie. Rasa dia bagi aku ok la.. ala ala mee hailam.
Sekian saja entry kali nie. Selamat mencuba, bagi yang nak cuba. Hehehe ^_^
Ini lah hasilnya....
Ini pulak selepas semua ditelan oleh anakandaku.
No comments:
Post a Comment