Sunday, 25 January 2015

Birthday Suprise for Dear Zauj

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-kisah, Birthday dear zauj ialah pada 24hb nie..

Jadi aku pun mula lah merangka strategi untuk buat suprise kat kesayanganku seorang nie.

Survey hadiah..kek.. dan how am I gonna make it happen as suprise.. kalau boleh taknak beliau nampak lansung perancangan aku nie.

Seminggu dua jugak ambik masa survey. Kek, alhamdulillah settle. Dipermudahkan. Aku order handmade kek. Cheese cake.. Because dear zauj loves cheese cake so much. Siap boleh hantar sampai depan rumah lagi. So settle, InsyaAllah..

Bab hadiah nie pening sikit tapi last last aku jumpa la dengan 'hadiah' yang sesuai... yang InsyaAllah akan disukai oleh beliau.. yelah, sebelum nie dua tiga kali jugak dia bercerita pasal 'hadiah' nie.

Aku pun order la.. of course laa beli online, senang... lagipun kalau pergi beli sendiri pasti akan dikesan oleh beliau...

Aku pun order laa hadiah tue hari sabtu. Tp boleh pulak seller tue terlupa nak pos hari isnin tue. Dia cakap dia pos selasa. Aku cakap ok la.. sebab nak celebrate pun hari jumaat malam kann, so sempat lagi la.

21hb Januari 2015

Makanya hari Rabu tue, aku pun tunggu la hadiah sampai.. tapi masalahnya tak sampai sampai.. ada la 10 minit sekali kot aku dok track n trace parcel aku tue. Sekali pukul 5.30 petang, aku track n trace dia cakap unsuccessful delivery. Berpeluh ketiak aku jap tau.. suspen.. aku pun call la minta pencerahan, kenapa unsuccessful..? Dia cakap tak sempat delivery hari nie,banyak sangat parcel. Esok dia pos. Fuhhh lega, tak yah la aku gi pick up sendiri parcel tue. Kalau la kena gi ambik kat sana, jenuh jugak aku kena fikir nak bagi alasan ape kat dear zauj nanti. Selamattttt!!

22hb Januari 2015

Aku pepagi dah prepare tunggu parcel aku sampai tau...kalau terlepas, masak aku! Dalam hati lega sikit, sebab beliau macam tak dapat kesan je. Tup..tup.. dear zauj whatsapp aku pagi tue. Dia cakap camni... " syg, abg halfday hari nie. Abg kat kedai motor nie. Tayar bocor. Nanti dah siap repair abg balik k".
Kau rasa???? Aduhhhhh rosak la plan aku camni. Hadiah dia dah on the way dah tue... Spoilllll.......!
Beliau sampai je rumah, masa kitorang borak borak tue aku pun cakap la kat dia.. "Yang, lupa nak bagitau semalam, Ulie (which is our sister) ada beli barang guna address rumah kita. Dia cakap dia takut rumah mama takde orang nak ambik nanti". (Aku terpaksa tipu dia, tipu sunat orang kata.hehehe..sorry syg) Korang tau dia reply ape? " ye ke barang ulie?" Sambil senyum sinis kat aku..
Aduhhhhh..Double Spoillllllll....! Tepuk Dahi....

Tengahari tue ligat la otak aku fikir nak buat 'prank' macam mana la kat zauj kesayangan aku nie yelah yang pasal hadiah tue bagi aku kira dah kantoi la tue....

Tiba-tiba, lighttttttt bulpppppp!! Idea pun mari... hehehehehehe (gelak jahat). Kebetulan hari nie memang ada plan dengan adik nak lepak dengan dia.. so, aku pun ajak dia singgah kedai cenderamata jap.

Aku beli sebiji mug.. buat 'hadiah' kedua untuk dear zauj.. sebab beliau dah feeling-feeling confident sangat kot, dapat apa yang dia idamkan... Malam masa celebration tue nanti, aku bagi 'hadiah' kedua nie dulu..kita kenakan beliau..tengok ape reaction beliau...Hahhahhahhahhahhah.... Lu Kena Beb!!! sambung gelak lagi hahahahahahhhhah...

24hb January 2015 : 00.00 a.m

Malam 23hb tue, aku buat-buat biasa je. Kitorang lepak kat rumah je, tengok TV. Maharaja Lawak Mega 2015. Habis je tengok TV, aku tutup mata dear zauj dengan shawl aku.. then aku pun bawak turun kek. Lepas potong kek, aku pun keluarkan 'hadiah' kedua tue dulu. Reaction dia biasa aje... tapi masa beliau duduk tepi pintu rumah.. hisap rokok.. aku nampak jugak la sikit frust di wajah beliau. Macam fikir pun ada.. tapi beliau senyap je, tak tanya ape ape pun pada aku.

Last last sebelum tidur, aku pun keluarkan la hadiah sebenar aku... Alhamdulillah.. beliau sangat happy. Aku bersyukur sangat sebab akhirnya segalanya berjalan dengan lancar.. yang penting beliau happy...

To dear beloved zauj,

Selamat Hari Jadi sayang... semoga panjang umur dan diberikan keberkatan terhadap umur tersebut, murah rezeki dan diberkati segala rezeki itu, bahagia selalu dengan ayang dan anak yang banyak kerenah.

We Love You...

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca blog kita yang tak seberapa nie.

Sekian....

No comments:

Post a Comment