Monday, 21 April 2014

Warkah Buat Anakanda

Bismillahirrahmanirrahim...

Buat anakanda mama..

Sayang....

◆ Jangan pernah tinggal solat... solat mencegah dari keburukan sayang.

◆ Jagalah auratmu. Maka pasti terpelihara kehormatanmu.

◆ Belajar lah semahu mu... dan jangan lupa untuk mengajarkannya. Sebab ilmu lebih bermanfaat jika dikongsikan.

◆ Cantik tue perspektif... hanya di mata... jadilah diri sendiri.. pasti cukup indah sayang...

◆ Petua untuk bahagia. Hargai apa sahaja yang ada di sekelilingmu.

◆ Jangan sesekali tengok orang yang lebih dari kita. Tengok lah orang yang di bawah kita. So that kita akan sentiasa bersyukur.

◆ Selalu la berdoa. Doa tue senjata orang mukmin.

◆ Belajar lah dari kesilapan. Sekali, kesilapan. Dua kali, kecuaian. Tiga kali itulah kebodohan. So, tolong jangan buat kesilapan yang sama berulang kali.

◆ Andainya satu hari nanti, mama pergi dulu. Tolong jaga ayah baik-baik. Sayangi ayah. Manjakan ayah. Sentiasa lah disisinya. Jangan sesekali biar ayah kesunyian.

◆ Jangan lupa kirimkan doa untuk ayah dan mama. Cukup sekadar Al-Fatihah selepas solat.

◆ Jaga lah pertuturan mu. Kerana mulut, badan binasa.

◆ Jangan sesekali mengungkit dalam segala hal.

◆ Belajar lah untuk bersabar.

◆ Sentiasa dahulukan agama dan keluarga.

◆ Sentiasa penuhi hati mu dengan kasih sayang maka kau akan disayangi.

◆ Please bare in mind that ayah and mama will always love you.. no matter how old you are and how old we are.

With lots of love.

Mama.

Sekian......

Thursday, 17 April 2014

Rawatan Awal Anak Demam

Bismillahirrahmanirrahim....
Hari nie iolls nak share sikit pasal rawatan awal yang perlu mak mak buat jika anak demam. Bapak bapak pun sila take note ye.. mana lah tahu boleh membantu mak mak kannnn...
Sejak jadi full time suri nie, ada la 3,4 kali puteri kesayangan iolls tue demam... masa mula-mula dulu iolls gelabah gila ok..tak tahu nak buat ape...
Tapi alhamdulillah sekarang dah tak gelabah dah...tapi tak bermakna kita tak perlu alert pada anak tau... ini cuma rawatan awal... kena pergi klinik juga.. minta nasihat doktor. Kena tahu status anak kita sebenarnya... apa sakitnya... apa rawatan susulan yang diperlukan... ubat apa yang dia kena makan...ok guys..
Ok...berbalik pada topik kita ada beberapa benda yang wajib ada kat rumah. Antaranya:-
1) termometer: untuk pantau suhu badan anak
2) cool fever : bantu rendahkan suhu anak
3) ubat demam: yang nie dapat dari klinik kesihatan. Biasanya aku akan simpan ubat tue dalam tempoh 6 bulan. Ubat nie dapat masa check anak kat klinik kesihatan.
Apa yang perlu dibuat sekiranya anak demam?
1. Cek suhu badan anak, kalau suhu 37.5°C ke atas dah kira demam tau. Jangan bagi suhu cecah 39°C ke atas. Doktor cakap kat aku tue dah kira demam panas, bahaya pada anak.
2. Kerap mandikan anak... biar suhu dia drop. Tapi jangan pulak mandikan dengan air yang terlampau sejuk. Mandikan dengan air paip biasa je.
3. Lepas tue selalu lap badan anak dengan kain yang direndam dengan air. Yang nie boleh la letak ais 2,3 ketul. Bagi air tue sejuk sikit. Kerapkan lap di bahagian pelipat. Bawah tengkuk, ketiak, celah peha.
4. Tampal cool fever. Ada setengah orang tampal kat kepala, tapi aku.. aku tampal kat belakang, atas tulang belikat tue. Sebab ada yang cakap bahaya tampal di kepala. Yang nie aku tak berapa pasti. Sila lah google sendiri ya. Di samping tue aku tekapkan pusat anak aku dengan kain lembap yang digunakan untuk lap badan anak tadi.
5. Bagi makan ubat demam.
6. Jangan lupa pergi klinik.
7. Pantau suhu anak 10 minit sekali.
Haa... ini lah yang aku buat sementara tunggu zauj ku balik kerja. Then, terus bawak anak pergi klinik. Like I said before, harus dapatkan nasihat doktor.(amaran keras nie)
Diharapkan apa yang aku update nie sedikit sebanyak dapat la membantu newbies mom ala ala aku nie.
Sekian.

Khas Untuk Mom To Be

Bismillahirrahmanirrahim...

Nampaknya mood mengeshare aku dah sampai agaknya... saja nak berkongsi mana lah tau dapat memberi manfaat pada insan-insan kat luar sana.

Setelah selamat melahirkan puteri kesayangan ku ini, barulah aku sedar yang aku dah buat beberapa kesalahan sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang hari tue...

Post nie bukanlah bertujuan nak membuka pekung di dada sendiri... cuma iolls harap dapat lah membantu mom to be yang lain agar tak buat kesilapan sama macam aku dulu.

Dear all mom to be...

1) sila rajinkan diri sapu lotion/minyak zaitun/baby oil pada perut uolls taw.. untuk elakkan strecth mark. Sebab kesan dia gila susah nak hilang hokey...
2) bila dah dekat due date, boleh try makan sayur radish.. nie untuk banyakkan susu.  So that awal-awal dah banyak susu. Bila banyak susu.. prevent baby from jaundice. Insyaallah...
3) masa i preggy dulu suka juga makan nasi goreng.. my dad selalu sound,kurangkan.. takut baby besar...end up my lil princess keluar agak besar. 3.03kg. Tapi yang nie depends pada diri masing-masing ok. Nak ikut boleh.. tak ikut pun tak salah kot.
4) kalau hb rendah.. banyakkan lah makan buah tamar atau kurma. Kismis pun ok jugak. Masa iolls preggy dulu, dalam bulan puasa hb rendah. Alhamdulillah makan kurma dan kismis, hb normal balik.
5) dalam pantang..masa berbengkung sapu sikit lotion panas tue kat perut korang. Sapuan halus je. Cari lah bengkung yang betul-betul boleh ikat perut tue. Untuk elak perut buncit dan menggeleber. Iolls take time tau nak hilangkan perut tue..sebab dah habis pantang baru buat.nasib baik boleh. Fuhhhhh...suspen kejap hokey..

Yang lain macam biasa la...minum susu. Kalau tak lalu, gantikan dengan sumber kalsium lain. Macam aku, aku minum milo.

Banyakkan lah makan buah-buahan. Minum air kosong secukupnya.

Dan bagi yang beragama Islam, rajinlah baca al-quran..insyaallah banyak kebaikannya. Baik untuk mummy mahupun baby.

Ini jelah kot yang dapat aku kongsikan buat masa nie... nanti kalau iolls teringat, iolls tambah lagi.

Sekian...

Wednesday, 12 March 2014

Kronologi en.suami sambung study




Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah dengan izin yang Maha Kuasa, en.suami dapat la sambung study untuk lesen penjaga jentera eletrik (AO).
Sebenarnya dah lama en.suami teringin nak sambung belajar nie.. dari weolls bertunang lg..means tahun 2011 camtu laa tapi tangguh dulu sebab nak kahwin..
Tahun 2012.. di awal perkahwinan dia menyuarakan lg hasrat dia nak sambung study.. tak silap masa tue dia minta kat aku nak sambung pw2.. aku tak bagi.. hehe..kejam kan? Yelah... iolls masa tue baru nak bermanja-manja gitew dgn en.suami.. mana sanggup berpisah...(padahal study kl je, petang sampai malam je pun).
Pastu...aku preggy.. tahun 2013 sibuk pulak dengan cintahati weolls..puteri nurul nazihah nie.. takkan nak tinggal aku berdua dgn baby kannn?? Tangguh lagi...
Sampai la tahun 2014... awal tahun hari tue. Dia tanya lg kat aku boleh tak abang nak daftar sambung belajar.. tapi yg nie lesen AO.. bersemangat aje dia terang kat aku... apa faedahnya.. perancangan yg dia dah atur.. dia janji dia takkan buat aku dan nazihah rasa kekurangan.. dari segi ape pun.. nafkah, masa mahupun kasih sayang dia.. dan dia ada bagitau jugak yang dia daftar aje dulu tahun nie.. belum tentu dapat tahun nie. Kena tunggu turn. Mungkin tahun depan, mungkin 2 tahun lagi.. Aku iyakan aje la, selepas fikir masak-masak..sampai menggelegak otak iolls. Bukan tue aje, siap buat solat hajat lg tau. (Haa..yang nie tanpa pengetahuan en.suami.hehehe)
Tapi tue la, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu kan?? Dan..dan pulak ada 4 kekosongan kat tempat study tue.. dgn syarat kena ada kad hijau CIDB tue.. 
Kelam kabut en.suami dgn kawan dia pergi daftar kad CIDB tue..alhamdulillah, semua dipermudahkan... Siap je kad terus daftar study...
So, sekarang nie en.suami iolls tengah busy la dengan class dia.. walaubagaimanapun, janji dia tak dicapati okay... sejujurnya aku tak pernah rasa terabai..sikit pun tak... nazihah lagi la.. semakin bertambah-tambah-tambah manja pulak dengan ayah dia.. mana taknya, ayah dia layankan aje setiap kerenah dia.. termasuk kerenah mama dia..hehehe ^_^
Okay uolls..thanks for reading. Sorry entry kali nie panjang sikit..
Sekian....


Sughat tawaran beliau ^_^
kad CIDB we'olls..saje interframe kita punye.hehe

Wednesday, 29 January 2014

Berubah Selera

Bismillahirrahmanirrahim...

Update kali nie for sure about cintahati kesayanganku puteri nurul nazihah..

Nak masuk setahun dua bulan nie, citarasa tekak nazihah dah bertukar pulak. Before this, tak kisah la apa aku suap.. dia nganga je, pastu telan... then kenyang, hati iolls pun senang. Sekarang kemain, suap nasi.. luah.. nak makan lauk je... aku mula la pening. Kenapa pulak dah taknak makan nasi nie.

Pastu kelmarin gi la monthly checkup dia kat klinik.. berat dia turun 0.5 gram ok. Walaupun nilai tue kecik, takde lah serius mana.. aku tetap risau tau.

Jenuh la kepala hotak nie fikir, apa yang aku patut buat supaya berat badan dia tak turun sebab dua bulan lg kena check up semula.

Aku pun study la sikit-sikit... hmm then aku dapat idea. Tukar nasi tue kepada fav nazihah which is mee..pastas..dsd (dan sewaktu dgnnya)

So, sekarang bertambahlah sikit kerja harian iolls kat dapur. Lauk pauk utk suamisteri dan meal untuk cintahati.

After dua hari trial nie, alhamdulillah cintahati nampaknya berselera...aku suap, dia nganga..telan..tak luah dah.. iolls lega..

Cuma sekarang kena lebih kreatif la dalam menyediakan meal dia...nak buat camne kan.. study aje la...

Sekian...

Thursday, 23 January 2014

Romantika..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... aku nie sebenarnya suka tengok cerita romantika kat astro nie. Walaupun kadang-kadang aku tak dapat tgk time yang exactly masa now showing.. almaklum la, banyak hal kan..hal cintahati, hal imamku, hal family ku..macam-macam hal la.. aku akan tengok balik siaran ulangan,for sure..

Haa... sekarang nie aku tengah tengok la nie. Romantika : Wardina Safiyya.

Dan disebabkan ini lah mood aku datang nak menghapdet blog aku nie ala-ala romantika gitu... maksud ala-ala romantika ialah... aku akan post antara soalan-soalan pemes dalam romantika.. tapi... tapi... berserta jawapan.. dan jawapan tue haruslah dari aku kannn... takkan nak hamik jawapan wardina kott....hahaha...

1. Kali pertama kenal?
~ masa tue aku tengah praktikal, en.suami datang bagi no.phone kat aku.. dari situ la kitorang kenal.

2. Siapa kuat merajuk?
~haruslah aku kann... dah nama lagi puteri.. bak kata en.suami.. dulu sorang puteri, nie dah dua..hahaha.. nak tau kenapa? Cintahati pun kuat gak merajuk dgn ayahnya.

3. Siapa paling romantik?
~haruslah orang yang kuat merajuk nie gak.. tapi en.suami pun tak kurang romantiknya. So, dalam bab nie seri..huhu..

4. Kenangan terindah dalam hidup?
~dapat hadiah pakej honeymoon masa wedding... get a cute lil princess.. nazihah..

5. Doa dan Harapan
~harapan aku semoga perkahwinan kitorang nie kekal ke jannah.. dan aku berharap aku dapat jadi seorang isteri yang manis di samping suamiku dan mama yang sweet pd cintahatiku nazihah di dunia dan akhirat. Dan aku rasa aku tahu apa harapan suamiku.. dia pun nak jadi suami yang baik utkku dan ayah yang terbaik utk anak dia..

Sekian...

Tuesday, 14 January 2014

Kisah Semalam..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisahnya semalam.. cintahati tidur awal, dalam 10 lebih camtu dah tidur. Biasanya..selagi tak jejak 2,3 pagi jangan harrap dia nak tidur. Mama confident dalam hati, "alhamdulillah, setelah sekian lama nazihah kenal juga siang dan malam..finally..selamat aku, eyebag dah bertingket nie".

Anak dah tidur..mama pun relax relax la, tengok tv dgn aman sekali...baru aku nak terlelap, kulihat jari jemari cintahatiku itu bergerak gerak...

Cancel niat tidur sebab aku dah confident sangat yang nazihah akan jaga 2,3 saat lagi. Betul sangat tekaan aku, dia golek golek jap..pastu senyum tengok aku...

Bila dah senyum camtu, uolls agak dia akan tidur balik ke? Memang tak la kan... malam sebelum sebelum nie, even dia tidur lambat..dia tak pernah kacau ayah dia tidur.

Tapi....

Malam semalam, memang kaw kaw dia buli ayahnya... bila ayah dia terlelap je sikit, dia datang kat ayah dia. Tepuk tepuk panggil ayah.. "ayah..yah"..yang ayah pulak bertabah aje layan.hehe...

Nazihah nie sangat suka haiwan..kucing, ikan dan sebagainya la.. as a solution nak bagi dia diam sikit, aku pun bukak la channel animal planet.

Tgk channel tue pulak, makin galak la dia mengejut ayahnya.. asal ada haiwan jer..dia panggil ayah dia camni...
"Ayah...tish" (tish tue sebenarnya fish,tapi tak kira la tengok haiwan apa,semua tish) pastu pok pek pok pek bahasa baby dia.. ayah dia sabar jer padahal aku tengok mata kecik sangat dah...yang aku tergelak gelak lah tengok kerenah diorang nie, apalagi kann..

Kesian kat ayah dia, aku tukar channel lain..ingatkan nak selamatkan ayah dari dikacau la kan... tp tak jadi... bila dah tukar channel, nazihah dia boring, dia ambik pulak ball dia, bawak kat ayah... ajak ayah main ball...

aku pun layan la anakanda cintahati ku sorang nie, main ball tue dgn dia dgn harapan dia tau kacau ayah lg... mula mula dia tak nak..kau rasa??? Dia still ajak ayah dia..."ayah..ayah" dok sebelah ayah dengan bola dia..

Tapi, bila dah dipujuk 2,3 kali, nazihah pun surrender...bukan ape, aku kesian kat ayah dia..dah pukul 2 kot tak tidur lagi. Esok nak work..

Last last pukul tiga jugak dia tidur..dgn kata lain, pukul 3 lebih jugak la mama dia tidur kann...

So, please jangan tanya kenapa ada backpack kat mata iolls ok.....

Sekian...

Thursday, 2 January 2014

Setahun itu...2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Macam insan lain kat luar sana, tahun 2013 turut meninggalkan 1001 kenangan buat aku.

Antara kenangan terindah aku sepanjang tahun lepas adalah pengalaman pertama menjadi seorang mama kepada puteri cintahatiku Puteri Nurul Nazihah Binti Mohd Nasir.

Huihh...memang cabaran besar tau jadi seorang ibu nie. Lagi-lagi aku nekad nak fully BF cintahatiku seorang nie.

Okay..nazihah nie di awal kelahiran tak silap aku 3 bulan pertama, maksudnya masa dalam pantang la..dia seorang bayi yang sangat diam..kurang menangis, kuat tidur sebab ada kuning sikit dan jarang sakit. Seingat aku, ada la 2 atau 3 kali jer dia kena kembung. Pastu sampai sekarang takde. Alhamdulillah.. Masa tue pulak aku duduk dengan mama tak terasa sangatlah tekanannya.hehe..

Habis pantang, aku dan en.suami pun balik lah semula ke mahligai kitorang... dan bermulah episod keibubapaan kitorang.. aku balik seminggu awal.. yelah nak cari pengasuh,masa nie aku keja lagi..pastu nak training handle baby sendiri..kira aku dengan en.suami nak berdikari lah nie.

Teringat lagi hari pertama tinggalkan nazihah..berjujuran airmata aku nie. Allahurabbi..perasaan aku memang tak dapat digambarkanlah. Jenuh juga en.suami pujuk masa dalam perjalanan ke office hari tue. Dan hari tue jugak lah start episod nazihah meragam. Bila nak tidur jer, dia punya meragam..tak hengat kau..strrress mak dibuatnya..yelah esok pagi kita nak keja, kena bgn awal. Malam anak meragam..adalah sejam dia meragam sebelum tidur. Fuhh..memang baek punya..

Sebulan pengasuh jaga then pengasuh give up, hantar taska pulak. Lain pulak ceritanya dah pergi taska nie... asyik tak sihat.. dalam seminggu 3 kali pergi klinik. Hidung tak pernah kering..berair aje. Pastu demam... Bayangkan la sendiri. Mak ayah mana tahan tengok anak camtu kann...

5 bulan juga aku bertahan dengan keadaan camtu sampai lah suatu hari aku dah tak mampu bertahan lagi. Aku dan en.suami buat keputusan terbesar dalam hidup aku iaitu aku resign dari kerja aku..

So, jadilah aku seorang suri sepenuh masa kepada nasir dan nazihah yang aku sayangi nie. Sesuai la dgn nama aku sekarang kan, Surinasir...

Aku tahu sebenarnya ramai yang terkilan aku resign kerja terutamanya ibu bapa aku.. Tapi aku nak menegaskan bahawa aku seronok dan senang jadi surirumah nie. Mula-mula dulu aku akui memang bosan. Yelah kita dah biasa kerja, keluar dgn officemate. Ada kawan sembang, gurau, makan dan lain-lain. Tapi setelah sekian lama jiwa aku makin seronok.. seronok layan kerenah anak dara aku sorang nie.. seronok dapat tumpukan sepenuh perhatian pada en.suami dan cintahati.. even kadang-kadang ada yang aku terkurang tapi tak la kerap berlaku macam masa aku kerja dulu. Cintahati makin kurang ragam dan sakitnya.

En.suami pulak sangat memahami aku..kehendak aku...bila ada masa terluang, semua kemahuanku dilaksanakan. Terima kasih abang! Di hati ayg, abang lelaki paling hebat.

November 2013 hari tue genap cintahati setahun. Alhamdulillah..cintahati dah pandai berjalan, gigi pun dah banyak.. makan pun takde masalah.,setakat nie berselera aje. Harap kekal la dan cintahati still bf lagi ok...alhamdulillah tercapai cita-cita aku nak fully bf dia.mudah-mudahan sampai 2 tahun nanti.

Hmm nie lah cerita aku untuk tahun 2013.. Tahun 2014 nie tak tahu lagi apa pulak ceritanya. Harap-harap semuanya berjalan lancar lah tahun nie. Nanti kalau ada cerita, insyaallah aku update later.. itu pun kalau ada kekangan masa. Biasalah..walaupun surirumah, jangan ingat i tak busy hokey.. busy tau..kalah orang bekerja kott..haha..

Nie ada sikit picture sebagai dessert. Harap tak muntah.

Sekian untuk tahun 2013.